Saringan Covid-19 untuk pekerja asing di zon merah

Datuk Seri M Saravanan
Datuk Seri M Saravanan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan melaksanakan Program Saringan Covid-19 kepada pekerja asing yang bekerja di kawasan berisiko tinggi mulai 1 Disember ini.

Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, keputusan itu dibuat susulan sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menetapkan prosedur pelaksanaan saringan Covid-19 bersasar di kawasan zon merah padat dengan pekerja asing.

Menurutnya, program berkenaan memberi fokus kepada pekerja asing di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sabah.

“Ujian ini akan dijalankan secara berperingkat dengan memberi tumpuan kepada daerah berisiko tinggi bermula 1 Disember 2020,” katanya.

Saravanan berkata, ujian akan bermula di daerah Klang dan Seremban pada 1 Disember, kemudian zon-zon merah di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada 9 Disember.

“Seluruh Sabah, Labuan dan daerah lain di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pula bermula 16 Disember 2020,” katanya.

Artikel Berkaitan: