Khemah saringan Covid-19 Hospital Kulim dinaiki air

Banjir kilat di kawasan khemah sementara yang dikhaskan untuk kawasan kecemasan dan ujian saringan Covid-19 di Hospital Kulim petang tadi.
Banjir kilat di kawasan khemah sementara yang dikhaskan untuk kawasan kecemasan dan ujian saringan Covid-19 di Hospital Kulim petang tadi.
A
A
A

KULIM - Hujan lebat sekitar jam 4 petang tadi mengakibatkan air longkang di Hospital Kulim di sini melimpah sehingga berlakunya banjir kilat di kawasan tersebut.

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, kejadian itu menyebabkan banjir kilat di hadapan ruang kecemasan hospital tersebut.

Menurutnya, air naik di kawasan khemah sementara yang dikhaskan untuk kawasan saringan kecemasan dan ujian saringan koronavirus (Covid-19).

"Hujan lebat menyebabkan air turun dari kawasan tempat letak kereta yang terletak di atas sebelah khemah sementara itu menyebabkan berlakunya banjir kilat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr Mohd Hayati berkata, sebelum ini pihak Hospital Kulim sudah memohon untuk memperbesarkan longkang di tempat letak kereta berkenaan.

"Saya juga sudah bangkitkan perkara itu kepada pihak atasan dan sedang menunggu tindakan selanjutnya," katanya.

Difahamkan banjir kilat tersebut bagaimanapun surut dalam tempoh kira-kira satu jam iaitu pada jam 6 petang tadi.

Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan dan tiada sebarang kemalangan atau kecederaan dilaporkan akibat banjir kilat tersebut.

Artikel Berkaitan: