X

Kindly register in order to view this article
!

Sungai Golok lepasi paras bahaya

Catatan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang hari ini menunjukkan bacaan 9.01 iaitu melepasi paras bahaya 9.00.
A
A

KOTA BHARU - Catatan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang hari ini menunjukkan bacaan 9.01 iaitu melepasi paras bahaya 9.00.

Ia memberi petanda awal kepada seluruh penduduk di kawasan tersebut untuk berjaga-jaga kemungkinan risiko banjir.

Menurut portal eBanjir, sehingga jam 7 petang tadi, angka tersebut masih tidak berubah dan dua sungai lain turut mencatatkan angka melebihi paras berjaga-jaga.

Sungai tersebut ialah Sungai Kelantan di Kusial yang mencatatkan bacaan 12.20 melebihi paras jaga-jaga 12.00 dan Sungai Golok di Jenob pada bacaan 22.35 juga menghampiri paras amaran 22.50.

Untuk tempoh yang sama juga, sembilan sungai lain pula masih tidak berubah dan kekal melebihi paras normal.

Antaranya ialah Sungai Lebir di Kuala Koh pula iaitu 62.97 iaitu melebihi paras normal 62.00 dan Sungai Galas di Limau Kasturi iaitu 53.81 iaitu melebihi paras normal 53.00.

Sungai Lebir di Tualang pula mencatatkan bacaan 23.39 melebihi paras normal 23.00 dan Sungai Kelantan di Kuala Krai pula 19.63 menghampiri paras jaga-jaga 20.00.

Sementara itu, Sungai Kelantan di Jeti Kastam juga melebihi paras normal 1.00 iaitu 1.52; Sungai Kelantan di Air Mulih mencatatkan bacaan 6.00 iaitu melebihi paras normal 4.00.

Sungai Semerak di Pasir Puteh mencatatkan bacaan 0.81 iaitu melebihi paras normal 0.40 dan Sungai Golok di Kuala Jambu pula mencatatkan bacaan 1.65 iaitu menghampiri paras jaga-jaga 2.00 manakala Empangan Bukit Kwong pula mencatatkan bacaan 15.51 iaitu di bawah paras normal 16.76.

Sehingga jam 7 petang ini, tiada pusat pemindahan banjir dibuka di mana-mana lokasi di negeri ini namun rakyat dinasihatkan untuk terus berjaga-jaga dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!