X

Kindly register in order to view this article
!

Tuah mural lesung kayu

Munif bersama hasil seni muralnya yang terpilih menjadi juara pertandingan mural peringkat daerah Maran tahun ini.
A
A

MARAN - Tema 'Indahnya Maran' dengan subjek lesung kayu menjadi pilihan buat seorang pelukis sepenuh masa, Munif Muhamad Nor, 52, untuk karya muralnya yang kini boleh dilihat di Bangunan Bazar Maran di sini.

Mural tersebut memikat perhatian juri sekali gus dinobatkan selaku juara pertandingan mural peringkat daerah Maran tahun ini menewaskan 21 peserta lain dari seluruh Pahang.

Anak jati kelahiran Bentong itu menggunakan medium bitumen untuk menghasilkan mural tersebut.

Menurutnya, medium tersebut kalis air dan cuaca selain dia menggunakan tempoh tiga hari yang diberikan oleh pihak penganjur iaitu Majlis Daerah Maran (MDM) dengan sebaik mungkin.

"Saya memilih lesung kayu sebagai subjek utama mural kerana ia memperlihatkan keunikan yang ada pada daerah ini.

"Memang saingan sengit daripada peserta lain namun fokus saya hanya untuk menghasilkan karya yang terbaik," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Berpengalaman lebih 32 tahun dalam bidang seni tersebut, Munif tidak mengehadkan sebarang genre dalam hasil karyanya.

"Saya juga menghasilkan potret, grafiti, batik selain mural sepanjang penglibatan dalam bidang seni ini," katanya yang juga ahli Persatuan Senilukis dan Senireka Melayu (Senika) Pahang.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!