19 termasuk Datuk ditahan kerana bergaduh di pub

Rakaman CCTV menunjukkan kejadian pergaduhan di sebuah pub di Jalan Puchong, Kuala Lumpur, kelmarin, yang tular hari ini.
Rakaman CCTV menunjukkan kejadian pergaduhan di sebuah pub di Jalan Puchong, Kuala Lumpur, kelmarin, yang tular hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Polis menahan 19 individu termasuk seorang individu dipercayai bergelar Datuk selepas terbabit dalam pergaduhan di sebuah pub di Jalan Puchong di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian terbabit selepas menerima panggilan daripada orang awam pada jam 11.20 malam.

“Sepasukan anggota polis dikejarkan ke lokasi dan bertindak menahan 19 individu termasuk seorang wanita berusia antara 38 hingga 59 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan.

"Siasatan mendapati tangkapan termasuk seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Datuk," katanya hari ini.

Rakaman CCTV menunjukkan kejadian pergaduhan di sebuah pub di Jalan Puchong, Kuala Lumpur, kelmarin, yang tular hari ini.
Rakaman CCTV menunjukkan kejadian pergaduhan di sebuah pub di Jalan Puchong, Kuala Lumpur, kelmarin, yang tular hari ini.

Beliau berkata, difahamkan kejadian itu berpunca daripada kekecohan yang tercetus selepas sekumpulan lelaki yang datang ke pub berkenaan untuk berhibur, namun premis terbabit sudah tutup.

Katanya, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

Tambahnya, pihaknya turut merampas dadah jenis ekstasi, syabu dan erimin susulan tangkapan itu.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, semakan lanjut mendapati pub itu menggunakan lesen restoran dan bar yang sudah tamat tempoh sejak 3 Mei tahun lalu.

"Kesemua 19 tangkapan telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Terdahulu, satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi dua minit 24 saat menunjukkan pergaduhan di antara sekumpulan lelaki tular di media sosial hari ini.