X

Kindly register in order to view this article
!

113 lagi mayat dijumpai di kubur besar di Mexico

Sejumlah 30 mayat, dua daripadanya wanita sudah dikenal pasti saudara masing-masing. Foto: agensi
A
A

BOGOTA - Pihak berkuasa Mexico pada Selasa mengumumkan penemuan sebuah kubur besar di negeri Jalisco, lapor Agensi Anadolu.

Menurut media tempatan, sekurang-kurangnya 113 mayat dijumpai semasa kerja-kerja menggali kubur dilakukan.

Sejumlah 30 mayat, dua daripadanya wanita sudah dikenal pasti saudara masing-masing dan usaha untuk mengenal pasti mayat yang lain sedang dilakukan.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, antara 2006-2020 sudah 897 mayat dijumpai di kubur rahsia di Jalisco.

Sementara itu, sebanyak 6,900 mayat ditemui di 4,092 kubur rahsia di seluruh negara sejak 2006.

Jalisco merupakan penempatan kartel Jalisco New Generation, satu daripada kumpulan jenayah terancang paling ganas dan kuat di Mexico. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!