X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Tiga sungai di Terengganu lepasi paras amaran

Penduduk Kampung Petaling, Kuala Nerus mengharungi banjir selepas kampung mereka dinaiki air.
A
A

KUALA TERENGGANU - Keadaan paras air sungai di Terengganu semakin baik apabila beberapa sungai di negeri ini yang melepasi paras bahaya mula menunjukkan trend penurunan.

Bagaimanapun, sehingga jam 9 pagi ini, tiga sungai melepasi bacaan amaran melibatkan dua sungai di Setiu dan satu di Besut.

Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu merekodkan bacaan 13.06 meter, melebihi paras amaran 12 meter manakala sebuah lagi sungai di Setiu iaitu Sungai Nerus di Langkap mencecah 20.80 meter, berbanding paras amaran 20 meter.

Sebuah lagi sungai yang melepasi paras amaran ialah Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut yang merekodkan bacaan 34.13 meter, berbanding 34 meter paras amaran.

Tiga sungai lagi melepasi paras waspada, iaitu Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri, Setiu yang merekodkan 7.93 meter (7.60 waspada), Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Marang merekodkan bacaan 2.16 meter (2.0 meter) dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman mencatatkan 17.94 meter berbanding paras waspada 17.50 meter.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat sungai di Terengganu lepasi paras bahaya


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!