X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Empat sungai di Terengganu lepasi paras bahaya

Taman Murni Permai di Tok Jembal, Kuala Nerus dinaiki air susulan hujan berterusan sejak semalam.
A
A

KUALA TERENGGANU - Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan empat sungai di Terengganu kini melepasi paras bahaya.

Berdasarkan laporan infobanjir.water.gov.my, dua sungai di daerah Setiu dan masing-masing sebuah sungai di Besut dan Hulu Terengganu telah melepasi paras bahaya sehingga jam 8.30 pagi tadi.

Di Setiu, Sungai Chalok di Jambatan Chalok mencatatkan bacaan 8.92 meter berbanding paras bahaya 8.40 meter, manakala Sungai Nerus di Kampung Langkap merekodkan 21.68 meter berbanding paras bahaya 21 meter.

Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut juga melepasi paras bahaya 35 meter dengan merekodkan 35.68 meter sementara Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu mencatatkan bacaan 20.31 meter melepasi paras bahaya 19.70 meter.

Selain itu, Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu sudah melepasi paras amaran 13.20 meter dengan merekodkan bacaan 12.06 meter.

Sungai Besut di Kampung La, Besut pula telah melepasi paras waspada 19.80 meter dengan mencatatkan 20.72 meter.

ARTIKEL BERKAITAN: Terengganu kembali dilanda banjir


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!