X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Saham Top Glove Corp Bhd merosot

Saham Top Glove Corp Bhd merosot mendadak berikutan berita mengenai 28 kilangnya akan ditutup secara berperingkat untuk membuat saringan kepada pekerja.
A
A

KUALA LUMPUR - Saham Top Glove Corp Bhd merosot mendadak berikutan berita mengenai 28 kilangnya akan ditutup secara berperingkat untuk membuat saringan kepada para pekerja selepas berlaku peningkatan ketara kes koronavirus (Covid-19) dalam kalangan mereka.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada semalam berkata, sebanyak 28 kilang akan ditutup secara berperingkat selepas 1,884 pekerja Top Glove disahkan positif Covid-19.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja asing syarikat sarung tangan tersebut bermula 17 November lepas bagi membendung penularan Covid-19.

Penganalisis berkata, penutupan kilang pembuat sarung tangan getah terbesar dunia itu dijangka menyebabkan kekurangan bekalan sarung tangan akibat peningkatan kes Covid-19 di peringkat global.

“Walaupun rancangan mengenai vaksin telah dibuat, situasi pada masa ini menyebabkan permintaan adalah tinggi sehingga akhir tahun ini. Pengurangan pengeluaran akan mengakibatkan syarikat berada dalam tekanan untuk sekurang-kurangnya dua minggu,” katanya.

Sehingga jam 10.30 pagi, saham Top Glove turun 48 sen kepada RM6.87 dengan 40.65 juta saham diniagakan.

Penurunan itu turut menyebabkan indeks penanda aras FBM KLCI jatuh 7.74 mata daripada keseluruhan penyusutan sebanyak 9.64 mata. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!