X

Kindly register in order to view this article
!

Jangan politikkan pelantikan ADUN lantikan: MCA Pahang

Hoh Khai Mun
A
A

KUANTAN - Keputusan Kerajaan negeri Pahang melantik lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan yang diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 20 November lalu tidak seharusnya dipolitikkan.

Pengerusi MCA Pahang, Datuk Seri Hoh Khai Mun berkata, usul pindaan Enakmen Undang-undang Tubuh Negeri Pahang itu telah diluluskan mengikut perlembagaan dan mendapat sokongan majoriti ahli dewan.

Menurutnya, MCA Pahang menyambut baik keputusan itu bagi melebarkan penyertaan proses demokrasi di negeri ini.

“MCA negeri yakin dan percaya Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memperhalusi semua implikasi berkaitan sebelum mengusulkan pindaan itu,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Khai Mun bagaimanapun mencadangkan tatacara dan panduan pemilihan calon lantikan dapat diperkemaskan bagi memastikan ADUN lantikan dipilih dalam kalangan anak-anak negeri yang berwibawa.

“Pada masa sama, pencalonan ADUN lantikan ini perlu diberi ruang kepada wakil kumpulan minoriti, masyarakat orang asli, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan serta wakil komuniti orang kurang upaya (OKU),"katanya.

Kelmarin, DUN Pahang meluluskan usul Enakmen Undang-Undang Tubuh Negeri Pahang bagi melantik lima adun lantikan tanpa melalui pilihanraya.

Usul dikemukakan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendapat sokongan ADUN BN dan Pas bagaimanapun ditolak barisan ADUN daripada pembangkang.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!