Gempa bumi sederhana landa Laut Seram, Indonesia

Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 skala Richter melanda selatan Laut Seram, berhampiran Maluku, Indonesia pada jam 7.27 malam tadi.
Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 skala Richter melanda selatan Laut Seram, berhampiran Maluku, Indonesia pada jam 7.27 malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 skala Richter melanda selatan Laut Seram, berhampiran Maluku, Indonesia pada jam 7.27 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada kedudukan 150 kilometer (km) barat laut dari Ambon, Indonesia dengan kedalaman 35 kilometer.

Bagaimanapun, kejadian gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: