X

Kindly register in order to view this article
!

Selangor wajar laksanakan pengharaman jualan arak

Rizam Ismail
A
A

SHAH ALAM - Selangor wajar menerima cadangan mengenai kemungkinan memperluaskan pengharaman jualan arak di kedai serbaneka dan kedai runcit selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ketua Pembangkang DUN Selangor, Rizam Ismail berkata, cadangan ini amat baik untuk dilaksanakan di negeri ini memandangkan Selangor pernah mempunyai beberapa kes akibat daripada pengambilan minuman keras.

"Selangor mempunyai kes melibatkan pemandu mabuk, jadi pada saya salah satu cara bagi mengekang kejadian sebegini, larangan seperti ini wajar dilaksanakan bagi mengawal penjualan arak," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Katanya, dalam soal ini tidak timbul isu politik atau melibatkan kepentingan mana-mana pihak.

"Saya percaya tindakan larangan yang telah dilaksanakan di Wilayah Persekutuan bukanlah berkepentingan mana-mana pihak jauh sekali berkepentingan politik.

"Ia melibatkan kemaslahatan semua pihak dan kesan daripada pengambilan arak amatlah buruk bukan sahaja kepada individu malahan kepada masyarakat dan negara," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga jenis premis dilarang jual arak

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuki Shaary memaklumkan kerajaan tidak menolak kemungkinan memperluaskan pengharaman jualan arak di kedai serbaneka dan kedai runcit di negeri selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menurutnya, kerajaan menerima komen positif daripada masyarakat rentas kaum berhubung langkah itu yang dijangka dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bermula Oktober tahun depan.

“Hingga ke tarikh ini, kita hanya mengehadkan pengharaman jualan arak ini di Wilayah Persekutuan, namun kita tidak menolak kemungkinan akan diperluaskan ke tempat lain,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!