Empat hari kutip RM1.9 juta saman trafik

Tawaran diskaun 50 peratus bayaran saman oleh polis Kelantan masih dibuka hingga 30 November ini.
Tawaran diskaun 50 peratus bayaran saman oleh polis Kelantan masih dibuka hingga 30 November ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan memperoleh hasil kutipan bayaran saman berjumlah RM1.9 juta sepanjang tempoh empat hari tawaran diskaun 50 peratus diadakan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, jumlah itu membabitkan bayaran saman daripada pesalah trafik dalam pelbagai kategori kesalahan jalan raya.

Katanya, bayaran saman diterima pihak kontinjen daripada seluruh Ibu Pejabat Daerah (IPD) bermula 16 hingga 18 November lalu.

“Bayaran saman boleh dibuat bermula jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang pada setiap hari bekerja.

“Pada hari pertama 16 November lalu sejumlah RM575,770 dikumpul, hari kedua (RM553,780), hari ketiga (RM413,920) dan hari keempat sebanyak RM430,830,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, tawaran diskaun 50 peratus masih dibuka sehingga 30 November ini.

“Pesalah trafik yang masih ada saman tertunggak, bolehlah mengambil peluang untuk menjelaskannya dalam tempoh seminggu lagi,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti menjaga penjarakan fizikal dan memakai penutup muka ketika berurusan di kaunter.

Artikel Berkaitan: