'Cukup-cukuplah tipu rakyat'

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook wajib bertanggungjawab untuk memansuhkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dijenamakan sebagai Awas, secara total.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Johor, Johan Azam Mohd Yasin berkata, penambahan 11 lagi kamera AES itu sudah pastinya menjadikan Anthony Loke sebagai menteri yang digelar sebagai ‘hero’ dalam menindas rakyat dan menipu rakyat Malaysia.

“Beliau juga secara tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa penambahan 11 kamera tersebut adalah ditanggung oleh PLUS bukannya kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: AES: Rakyat pun nak kata 'i don't care'?

“Mungkin Menteri Pengangkutan ini tidak sedar GLC atau syarikat di bawah milik kerajaan. Rakyat marhaen pun sedar YB! Cukup-cukuplah menipu rakyat,” katanya di sini, hari ini.

Johan Azam berkata, sebagai rakyat Malaysia, beliau sedar bahawa dirinya telah ditipu oleh PH dan secara tegas memberi amaran bahawa pakatan tersebut akan dihukum pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, tular juga perkongsian laman sosial Facebook di mana Anthony Loke pada 21 November 2012 menuduh kerajaan BN menindas rakyat dengan saman AES dan menggesa rakyat untuk menolak sistem itu dan BN.

Namun baru-baru ini Menteri Pengangkutan itu pula memaklumkan bahawa kerajaan akan menambah 11 kamera AES di Lebuhraya Utara Selatan.

Artikel Berkaitan: