DAP tidak mahu angkuh - Anthony Loke

Anthony ketika ditemui pemberita sempena PAU 2023 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, pada Jumaat.
Anthony ketika ditemui pemberita sempena PAU 2023 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - DAP tidak mahu bersifat angkuh berkenaan kemampuannya untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan sendiri seperti yang dikatakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, sokongan dan kerjasama daripada mana-mana pihak dalam Kerajaan Perpaduan adalah penting bagi menggabungkan kekuatan untuk memenangi PRN.

“Sudah tentu DAP parti yang telah lama dan sejak dulu lagi kita bertanding secara bersendirian. Kita sudah tentu ada persediaan kita sendiri namun sudah tentu dalam semangat Kerajaan Perpaduan, kita menggantikan kekuatan semua (parti) memenangi PRN.

“Jadi kemenangan calon DAP adalah kemenangan untuk Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika ketika ditemui pemberita selepas ucapan Dasar Presiden sempena PAU 2023 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, pada Jumaat.

Sebelum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil, tetap bertegas dengan pendiriannya untuk terus membantu kemenangan UMNO berbanding memberi sokongan kepada parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan iaitu DAP.

Isham berkata, DAP disifatkan mampu menjaga diri sendiri kerana mereka mempunyai pengundi yang ramai dan tidak perlu risau mengenai parti berkenaan.