X

Kindly register in order to view this article
!

Harga runcit RON95, RON97, diesel naik

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik dua sen seliter, manakala harga diesel naik sebanyak tujuh sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik dua sen seliter, manakala harga diesel naik sebanyak tujuh sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.64, RON97 (RM1.94) dan diesel (RM1.81).

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!