X

Kindly register in order to view this article
!

Usahawan ketinggalan tanpa transformasi digital

SITI AZRAH
A
A

SHAH ALAM - Usahawan di negara ini akan jauh ketinggalan jika masih belum melakukan transformasi digital untuk perniagaan mereka.

Menurut Ketua Kandungan Digital PanPages Trinity, Siti Azrah Aishah Tajul Azhar, usahawan perlu menerima hakikat bahawa perniagaan secara digital merupakan satu revolusi yang menjadi normal baharu masyarakat ketika pandemik koronavirus (Covid-19).

"Dahulu revolusi digital dianggap satu kelebihan kepada seseorang usahawan tetapi dengan keadaan kita sekarang, ia bukan setakat keperluan sebaliknya satu kemestian.

"Banyak syarikat sudah lama implementasi penggunaan teknologi digital cuma kita nampak kepentingannya tahun ini kerana banyak syarikat terpaksa mengarahkan pekerja bekerja dari rumah," katanya.

Siti Azrah berkata demikian selaku panelis pada program SinarLive Khas Webinar Bizfrancais: Revolusi Perniagaan Digital yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian malam tadi.

Program itu turut menampilkan panelis Ketua Jabatan Perkhidmatan & Sokongan Francais Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah dan Ketua Perkongsian & Inovasi Strategik, Alliance Bank Malaysia, Roy Heong Beng Wai serta pengacara, Yus Amri Mohd Yusof.

Siti Azrah menjelaskan, seiring keadaan itu, aplikasi digital ketika ini sangat diperlukan seperti aplikasi Zoom dan Google Meet.

"Banyak juga aplikasi percuma yang usahawan boleh gunakan," katanya.

Menurutnya, usahawan perlu merebut peluang untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka di dalam talian kerana sudah menjadi satu budaya popular ketika ini.

"Sebelum ini pengguna lebih fokus kepada gajet tetapi sekarang barangan runcit juga dibeli melalui atas talian.

"Apa yang lebih menarik, berdasarkan statistik, mereka yang tidak pernah membeli 'online' sebelum ini sudah mula mendaftar dan membuat pembelian pertama tahun ini," katanya.

Menurutnya, data sama juga menunjukkan banyak pembelian pertama direkodkan tahun ini seterusnya menunjukkan peningkatan positif.

Katanya, kebanyakan mereka yang melakukan pembelian pertama secara dalam talian itu berumur 22 hingga 45 tahun.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!