AES: Rakyat pun nak kata 'i don't care'?

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kos penambahan 11 buah lagi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) didakwa akan ditanggung oleh rakyat untuk memerangkap diri mereka sendiri.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan, adakah rakyat juga mahu mengguna pakai perkataan ‘i don’t care’ seperti yang disebut oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

“Menteri Pengangkutan DAP (Anthony) jawab soalan rakyat mengenai kos untuk tambah 11 lagi kamera AES yang saya utarakan semalam. Kos RM200,000 setiap kamera AES hanya anggaran sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib bidas kerajaan tambah AES, tiada diskaun saman

“Lagipun, bukan kerajaan yang tanggung. PLUS yang tanggung sebagai tanggungjawab sosial korporat. Tetapi, PLUS 51 peratus milik kerajaan melalui Khazanah dan 49 peratus milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setelah kerajaan BN semasa saya Perdana Menteri beli balik dari "kroni-kroni" swasta pada tahun 2011.

“Ini bermaksud, kos kamera masih 51 peratus ditanggung oleh kerajaan dan 49 peratus dibayar oleh rakyat melalui simpanan KWSP mereka," tulis Najib.

Kata Ahli Parlimen Pekan itu lagi, sebelum menang, PH mahu memansuhkan AES yang disifatkan zalim kepada rakyat dan mendakwa BN terlebih bayar 10 kali ganda kerana membeli kamera dengan harga RM170,000.

Bagaimanapun katanya, selepas menang, PH menjenamakan semula AES menjadi Awas, menambah lagi kamera dan pada masa sama, tiada lagi diskaun saman diberikan.

Artikel Berkaitan:

“Bahkan, kos kamera lebih mahal berbanding masa BN, minta rakyat bayar kos kamera dari simpanan mereka, lalu menteri DAP kata "nak marah, marahlah. 'I don't care'".

“Adakah rakyat juga akan kata 'I don't care' seperti menteri ini apabila diminta tanggung kos kamera AES untuk memerangkap rakyat sendiri? katanya.