Pengedar bekal dadah kepada pelajar sekolah ditahan

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Johor (JPJKK) antara Senior Asisten Komisioner Razimi Ahmad, kepada Senior Asisten Komisioner Alzafny Ahmad hari ini.
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Johor (JPJKK) antara Senior Asisten Komisioner Razimi Ahmad, kepada Senior Asisten Komisioner Alzafny Ahmad hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor menahan 21 daripada 40 pengedar yang membekalkan dadah kepada pelajar sekolah di negeri ini melalui operasi dari 29 September hingga 8 Oktober lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pengedar yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di negeri ini.

Menurutnya, kesemua suspek itu dikesan selepas temubual dengan 124 daripada 177 pelajar yang positif dadah ketika saringan urin dilakukan oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Johor.

"Tiga tangkapan itu disiasat di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, enam di bawah Seksyen 39A (1), 10 di bawah Seksyen 15(1)(A) dan dua lagi di bawah Seksyen 39C akta sama," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Johor (JPJKK) antara Senior Asisten Komisioner Razimi Ahmad, kepada Senior Asisten Komisioner Alzafny Ahmad.

Katanya, pihak JSJN Johor sedang mengesan 19 lagi pembekal dadah yang masih bebas

"Modus operandi mereka secara kecil-kecilan akan merekrut pelajar dan memberi dadah secara percuma pada peringkat awal dan pelajar yang dapat mencari penagih baharu akan diberi imbuhan sama ada wang atau dadah," katanya.

Menurutnya, ganja yang boleh didapati pada harga RM40 sepeket lebih popular dalam kalangan pelajar dan seramai 124 pelajar yang positif dadah turut mendedahkan sebab terjebak dengan masalah penyalahgunaan dadah.

Artikel Berkaitan:

Antaranya kata beliau, terpengaruh dengan rakan, masalah atau sejarah keluarga yang pernah terlibat dengan dadah serta sikap kurang peka kesan pengambilan dadah terhadap diri mereka.

"Justeru, kita akan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi berkongsi maklumat dalam membanteras penagihan dadah dalam kalangan pelajar.