Batu Sapi: Tidak perlu darurat jika beri laluan kepada Warisan

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii
A
A
A

SHAH ALAM - Pengisytiharan darurat di kawasan Parlimen Batu Sapi dapat dielakkan jika semua parti politik memberikan laluan kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk mengekalkan kerusi di Parlimen itu.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berdegil mahu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu menyebabkan pengisytiharan darurat semalam.

“Sebenarnya tak perlu pun nak darurat. Cuma boleh bagi Warisan menang sahaja.

“Tapi tak nak, Bersatu mesti nak bertanding tapi tak nak dipersalahkan,” katanya menerusi ciapan di Twitternya hari ini.

Kelmarin, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi, sekali gus membatalkan PRK bagi kerusi itu.

Proklamasi darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dilakukan selepas memperhalusi penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersembahkan nasihat beliau susulan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri berhubung keperluan perisytiharan darurat

Seri Paduka pada petang semalam telah menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Negara dan mendengar taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh.

Kerusi Parlimen Batu Sapi diisytiharkan kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong daripada Warisan pada 2 Oktober lalu akibat jangkitan paru-paru.

Artikel Berkaitan:

SPR menetapkan 23 November ini sebagai hari penamaan calon manakala 1 Disember hari undi awal dan hari mengundi pada 5 Disember depan.

Susulan itu, beberapa parti politik antaranya Barisan Nasional (BN), Parti Solidariti Tanah Airku, Parti Cinta Sabah dan Pakatan Harapan memutuskan untuk tidak bertanding pada PRK tersebut ekoran keadaan pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan di negeri itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Bersatu Sabah, Datuk Masidi Manjun memaklumkan parti tersebut belum memutuskan sama ada mahu bertanding atau sebaliknya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bahawa terdapat khabar angin mengenai seorang pemimpin Bersatu di kawasan Batu Sapi berminat untuk bertanding di kawasan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong isytihar darurat di Parlimen Batu Sapi

Bersatu kemuka calon PRK Batu Sapi

Isteri mendiang Vui Keong disebut calon PRK Batu Sapi