Peniaga maut digilis lori

Peniaga maut digilis lori dalam kejadian di Kilometer 5 Jalan Kuala Pilah-Kuala Jempol pagi tadi. - Foto Ihsan PDRM
Peniaga maut digilis lori dalam kejadian di Kilometer 5 Jalan Kuala Pilah-Kuala Jempol pagi tadi. - Foto Ihsan PDRM
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang peniaga maut digilis lori selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan di Kilometer 5 Jalan Kuala Pilah-Kuala Jempol (Jalan Sawah Lebar-Rembang Panas) di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa, Abdul Razak Mohamad, 56, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 telah bergesel dengan sebuah lori ketika cuba memotong di sebelah kanan.

"Ketika kejadian mangsa dipercayai dari Jengka, Pahang menghala ke Kuala Pilah.

"Namun sebaik sampai di tempat kejadian, motosikalnya telah bergesel dengan bahagian sebelah kanan lori menyebabkannya terjatuh sebelum digilis oleh lori terbabit," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, mangsa mengalami cedera parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, pemandu lori berusia 44 tahun bagaimanapun tidak alami sebarang kecederaan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: