X

Kindly register in order to view this article
!

SMU (A) Al- Hidayah Al-Islamiah buka pendaftaran baharu

Perasmian pembukaan Tingkatan Lima di SMU (A) Al-Hidayah Al-Islamiah, Bachok yang diadakan baru-baru ini.
A
A

BACHOK - Sekolah Menengah Ugama (A) Al-Hidayah Al-Islamiah di sini membuka peluang kepada ibu bapa untuk mendaftar anak mereka menduduki Tingkatan Satu bagi sesi 2021.

Pengetuanya, Nik Mohd Ajun Nik Mat berkata, pendaftaran sudah bermula dan borang permohonan boleh didapati pada waktu pejabat sahaja iaitu Ahad sehingga Khamis dari jam 8 pagi hingga 2 petang.

“Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 011-55028038 (pejabat), 013-9304488 (Pengetua) atau 019-9807707 (Penolong Kanan Pentadbiran),” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Nik Mohd Ajun berkata, sekolah berkenaan ditubuhkan 20 Januari 1960 yang sebelum ini dikenali sebagai SMU (A) Al-Hidayah Al-Islamiah Kampung Chap Bekelam, Jelawat dan diasaskan empat tokoh terkenal iaitu Tuan Guru Nik Ali Nik Mat, Ustaz Ismail Awang, Tuan Yunus Taib serta Ustaz Abdullah Latif.

Menurutnya, berikutan sambutan menyambung pendidikan amat baik, pihaknya sedang mengumpulkan dana untuk membeli sebidang tanah yang terletak berhampiran sekolah tersebut untuk dijadikan asrama.

Nik Mohd Ajun Nik Mat
Nik Mohd Ajun Nik Mat

Katanya, bagi mereka yang ingin menderma, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun 0301-8010-1701-62 (Bank Islam) atau 110-5100-0959 (Bank Rakyat).

Beliau berkata, pembangunan sekolah berkenaan adalah hasil sumbangan orang ramai, pemimpin masyarakat setempat, wakil rakyat, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

“Kini sudah 60 tahun sekolah ini menyumbang bakti dalam dunia pendidikan. Sekolah ini dikendalikan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan mengguna pakai sistem kurikulum kebangsaan serta Al-Azhar.

“Menjadi misi sekolah untuk membangun potensi individu berasaskan pendidikan berkualiti selari dengan tuntutan al-Quran dan Sunnah di samping mewujudkan persekitaran pendidikan beriklim dini yang kondusif,” katanya.

Sementara itu, katanya, bermula tahun hadapan, sekolah tersebut mendapat kelulusan YIK untuk membuka persekolahan bagi Tingkatan Lima.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!