KK Super Mart bekerjasama dengan Jawi tubuh Gerobok Muhibbah

KK Chai (kiri) bersama Zulkifli (dua dari kiri) pada pelancaran Gerobok Muhibbah di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur semalam.
KK Chai (kiri) bersama Zulkifli (dua dari kiri) pada pelancaran Gerobok Muhibbah di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - KK Super Mart meneruskan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi program Gerobok Muhibbah di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad hari ini.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat KK, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, program itu merupakan kolaboratif kedua bersama Jawi selepas projek Food Bank Jawi.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan peruntukan 5,000 hingga 6,000 barangan keperluan makanan asas untuk ditempatkan di pusat agihan tersebut pada setiap bulan.

"Usaha ini bertepatan dengan situasi Covid-19 yang mana ramai terjejas termasuk hilang pekerjaan, mereka boleh mendapatkan keperluan makanan secara percuma di masjid berkenaan.

"Program sama akan diteruskan ke masjid-masjid lain. Dalam masa terdekat program sama akan dilaksanakan di Masjid Putra, Putrajaya sebelum hujung tahun ini," katanya pada majlis perasmian Gerobok Muhibbah di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Pada majlis itu, Zulkifli turut melancarkan konti Jamek FM iaitu platform dakwah menerusi aplikasi radio atas talian.

Sementara itu, Zulkifli memuji inisiatif penubuhan Gerobok Muhibbah yang mendapat kerjasama dari tokoh korporat yang turut serta membantu masyarakat berdepan Covid-19 tanpa mengira latar belakang agama.

Artikel Berkaitan:

"Konsep seperti Gerobok Muhibbah telah banyak dipraktikkan di masjid-masjid dalam Wilayah Persekutuan untuk sediakan bantuan kepada asnaf dan golongan memerlukan. Ia akan dijalankan secara berterusan," katanya.