Pekerja insuran dalang kes bakar kereta diberkas

Polis merampas pakaian dipercayai diguna suspek semasa melakukan kejadian bakar kenderaan.
Polis merampas pakaian dipercayai diguna suspek semasa melakukan kejadian bakar kenderaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja insurans diberkas selepas dipercayai menjadi dalang kes bakar kereta dengan berpakat bersama pemilik kenderaan itu untuk menuntut komisen.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sebuah resort di Genting Highland, Pahang kira-kira jam 11 malam, kelmarin.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek yang menetap di Taman Kepong Baru, Kuala Lumpur itu bekerja sebagai 'runner insurans'.

"Dengan tertangkapnya suspek, kita telah menyelesaikan tiga kes yang berlaku pada 9 Jun, 4 Julai dan kelmarin (16 November) berhampiran Kondominium Sri Putramas, Kuala Lumpur membabitkan lapan buah kereta jenis Mercedes Benz, Bently, Toyota dan Perodua dengan kerugian berjumlah RM190,000.

"Siasatan juga mendapati suspek ini memiliki dua rekod lampau bersabit kes tipu dan judi," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, modus operandi suspek adalah dengan mengenal pasti pemilik kenderaan dan kemudian berpakat dengan pemilik kenderaan terbabit sebelum membakar menggunakan gas kerosine bagi tujuan mendapatkan komisen tuntutan insuran.

Katanya, suspek direman empat hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: