Piala Dato Mokhtar Dahari platform cungkil bakat pemain Selangor

Jawatankuasa dan pengurus 32 pasukan yang akan bersaing bagi kategori bawah 15 tahun yang akan bermula 20 Februari ini bergambar.
Jawatankuasa dan pengurus 32 pasukan yang akan bersaing bagi kategori bawah 15 tahun yang akan bermula 20 Februari ini bergambar.
A
A
A

PIALA Dato Mokhtar Dahari adalah platform terbaik mencungkil bakat pemain bola sepak yang berpotensi untuk diketengahkan bakatnya.

Ianya juga selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ingin melihat Selangor konsisten melahirkan para pemain berbakat.

Orang Kaya Maha Bijaya Petaling, Orang Besar Daerah Petaling, Datuk Emran Kadir berkata, mereka bersyukur kerana dapat melaksanakan titah Sultan Selangor ini setiap tahun.

"Memang hasrat tuanku agar kita melakukan usaha untuk mencungkil bakat baru bola sepak di negeri ini. Justeru dengan penganjuran kejohanan Piala Dato Mokhtar Dahari (PDMD) kategori bawah 15 tahun ini, lengkaplah usaha kita.

"PDMD bawah 15 masuk tahun kedua manakala kategori bawah 17 tahun merupakan edisi ketujuh. Kedua-duanya menampilkan 32 pasukan terbaik sekolah-sekolah seluruh Selangor," katanya.

Sebelum itu bagi sekolah rendah Daerah Petaling, Piala Raja Muda Selangor 2019 merupakan tahun ke 30 penganjurannya.

Datuk Emran Kadir yakin kejohanan Piala Dato Mokhtar Dahari mampu melahirkan pemain berbakat.
Datuk Emran Kadir yakin kejohanan Piala Dato Mokhtar Dahari mampu melahirkan pemain berbakat.

Menurut Emran setiap tahun pemain-pemain digilap dari sekolah rendah dan menengah.

Artikel Berkaitan:

Ini memberi peluang mereka yang berbakat diserapkan kepada pasukan pelapis Selangor dan mana-mana kelab dari seluruh negara.

"Seperti hasrat tuanku, baginda mahukan Selangor menjadi pengeluar pemain bola sepak yang diyakini akan mengharumkan nama negeri dan negara pada masa hadapan," ujarnya

Dalam masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada penaja utama Kumpulan Perangsang Selangor (bagi kejohanan bawah 17 dan Piala Raja Muda) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad PNSB (bagi kejohanan bawah 15 tahun).

Manakala akhbar Sinar Harian adalah akhbar rasmi kejohanan.

"Kejohanan tidak akan berjaya tanpa kerjasama dan sokongan Jabatan Pendidikan Selangor dan agensi-agensi kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.