China puji tindakan berani diplomat Britain

Aksi berani beliau turut menjadi tular di media sosial dan rakaman video itu telah ditonton lebih 170 juta kali di China. - Foto Agensi
Aksi berani beliau turut menjadi tular di media sosial dan rakaman video itu telah ditonton lebih 170 juta kali di China. - Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - China hari ini menzahirkan penghargaan atas tindakan berani diplomat Britain yang menyelamatkan seorang pelajar yang lemas dalam kejadian di selatan negara itu.

"Saya rasa beliau harus dipuji kerana bertindak cepat menjadi hero," kata jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian.

Tindakan Konsulat Jeneral, Stephen Ellison turut mendapat respons positif daripada Setiausaha Asing, Dominic Raab menerusi Twitter, 'Komitmen dan tindakan beraninya menunjukkan diplomat British yang terbaik di seluruh dunia'.

Bekas jurutera berusia 61 tahun itu baru dilantik memegang jawatan itu selepas berkhidmat selama beberapa tahun di kedutaan utama di Beijing.

Semalam, misi diplomatik United Kingdom (UK) di bandar Chongqing memaklumkan Ellison yang juga atlet triathlon itu menjadi penyelamat kepada seorang wanita yang terjatuh ke dalam sungai.

Aksi berani beliau turut menjadi tular di media sosial dan rakaman video itu telah ditonton lebih 170 juta kali di China.

Difahamkan, pujian itu diberikan ketika ketegangan meningkat dalam hubungan UK-China selepas London berulang kali mengkritik Beijing berhubung rekod hak asasi manusia mereka selain mengenakan sekatan terhadap Huawei daripada akses rangkaian domestik generasi kelima (5G). - AFP

Artikel Berkaitan: