Laporan polis atas kapasiti keselamatan

Eddin Syazlee Shith - Foto Bernama
Eddin Syazlee Shith - Foto Bernama
A
A
A

LANGKAWI - Ahli Bersatu membuat lima laporan polis semalam terhadap program bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kapasiti menjaga ketenteraman serta keamanan pulau peranginan ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Eddin Syazlee Shith berkata, namun Bersatu tidak mengeluarkan sebarang arahan supaya ahlinya membuat laporan polis tersebut.

“Saya percaya laporan polis itu dibuat atas kapasiti keselamatan. Kita tidak mahu pulau yang selama ini aman, berlakunya perkara yang tidak baik serta tidak diingini sebab kita melihat banyaknya agenda bersifat provokasi seperti penyebaran berita-berita tidak benar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir program ramah mesra bersama agensi KKMM di RTM Langkawi di sini, hari ini.

Eddin Syazlee berkata polis perlu menjalankan siasatan dan tinjauan sama ada program tersebut dijadualkan hari ini mendapat permit, ada unsur hasutan serta perkauman. - Bernama

Artikel Berkaitan: