X

Kindly register in order to view this article
!

Sorok 1,440 tin minuman keras dalam semak

Tiga lelaki yang ditahan bersama minuman keras yang cuba diseludup masuk dari Labuan ke Menumbok, Kota Kinabalu semalam.
A
A

KOTA KINABALU - Sebanyak 1,440 tin minuman keras cuba diseludup dari Labuan dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu dalam Ops Terancang, di tepi pantai kawasan Menumbok, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, tiga lelaki berusia antara 26 hingga 42 tahun ditahan selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti penyeludupan minuman keras itu.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kota Kinabalu, Asisten Superintendan Enturan Anak Lageh berkata, serbuan itu dilakukan selepas intipan dibuat terhadap beberapa individu di kawasan itu.

"Ketika pemeriksaan dijalankan telah menjumpai sebanyak 60 bungkus plastik hitam disembunyikan di dalam semak dalam kawalan tiga lelaki tempatan berhampiran tepi pantai.

Motosikal yang dirampas dipercayai digunakan untuk aktiviti penyeludupan minuman keras di Menumbok, Kota Kinabalu semalam.
Motosikal yang dirampas dipercayai digunakan untuk aktiviti penyeludupan minuman keras di Menumbok, Kota Kinabalu semalam.

"Pemeriksaan mendapati terdapat minuman keras jenama Royal Stout sebanyak 24 tin di setiap bungkusan dipercayai tidak bercukai serta diseludup dari Labuan dan turut ditemui sebilah parang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya lagi, tiga lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan minuman keras dirampas serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort untuk tindakan lanjut.

"Minuman keras yang dianggarkan bernilai kira-kira RM11,520 selepas cukai dirampas bersama sebuah kenderaan jenis Toyota Vigo dipercayai digunakan sebagai medium penyeludupan serta sebuah motosikal jenama Modenas.

"Jumlah keseluruhan nilai rampasan kenderaan dan minuman keras adalah dianggarkan kira-kira RM105,000," katanya.

Katanya, kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!