23 individu direman kes pemalsuan cap sempadan

Seramai 23 individu termasuk anggota penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, untuk prosiding reman dipercayai berhubung kes pemalsuan cap sempadan. Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 23 individu termasuk anggota penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, untuk prosiding reman dipercayai berhubung kes pemalsuan cap sempadan.

Sebahagian daripada mereka dibawa menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa lagi dengan kereta tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 10 pagi.

Seramai 19 lelaki dan empat wanita yang memakai baju jingga dan bergari itu kemudiannya dibawa ke tingkat satu mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.

Kesemua mereka memakai pelitup muka dan diperiksa suhu sebagai langkah mengekang penularan koronavirus (Covid-19).

Difahamkan, beberapa individu lain akan turut direman di Johor Bahru, Johor; Kuching, Sarawak; dan Kota Kinabalu, Sabah; hari ini bagi membantu siasatan kes pemalsuan cap sempadan. - Bernama

Artikel Berkaitan: