Tragedi seorang tokoh Anugerah Nobel

Penyokong Abiy Ahmed mengadakan perhimpunan. - Foto AFP
Penyokong Abiy Ahmed mengadakan perhimpunan. - Foto AFP
A
A
A

PERDANA Menteri Ethopia, Abiy Ahmed pernah mencipta sejarah kerana pernah mendapat Anugerah Nobel Keamanan pada tahun lalu di Oslo, Norway kerana usahanya mencapai keamanan dan kerjasama antarabangsa untuk menamatkan konflik sempadan dengan negara jirannya, Eritrea.

Sebelum ini, berlaku peperangan ganas yang bermula pada tahun 1998 hingga 2000 yang menyebabkan kira-kira 80,000 orang terbunuh dan beliau berusaha mewujudkan satu deklarasi damai dengan negara jirannya itu.

Apabila Abiy, 44, menjadi Perdana Menteri pada April 2018, beliau berhasrat untuk menyambung rundingan damai dengan Eritrea menyebabkannya menjalin kerjasama rapat dengan Presiden negara jirannya itu, Isaias Afwerki.

Beliau kemudian mewujudkan satu perjanjian damai dengan Eritrea bagi menamatkan kebuntuan hubungan yang tidak menampakkan keamanan antara dua buah negara itu.

Perdana Menteri Habsyah, Abiy Ahamad (kanan) pernah mendapat Anugerah Nobel Keamanan pada tahun lalu di Oslo, Norway.
Perdana Menteri Habsyah, Abiy Ahamad (kanan) pernah mendapat Anugerah Nobel Keamanan pada tahun lalu di Oslo, Norway.

Akhirnya, perinsip mahu mewujudkan keamanan itu tercapai melalui deklarasi damai antara Abiy dengan Afwerki yang ditandatangani di Asmara, Eritrea dan di Jeddah, Arab Saudi masing-masing pada Julai dan September 2018.

Bagaimanapu, kini imej tokoh keamanan dunia itu tercalar kerana beliau dikatakan terlibat pula dalam menghantar askar-askar dan jet-jet pejuang serta kapal terbang tentera ke sebuah wilayah Etophia sendiri iaitu, Tigray.

Tindakannya itu dianggap para penganalisis sebagai mampu menyebabkan negara kedua teramai penduduk di Afrika terjebak ke dalam kancah perang saudara yang berpanjangan.

Artikel Berkaitan:

Baru-baru ini, Abiy mengumumkan kempen ketenteraan itu dengan menyatakan ia adalah sebagai satu tindak balas terhadap serangan parti pemerintah wilayah Tigray iaitu Pembela Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF) ke atas dua buah kem tentera tetapi dinafikan oleh TPLF.

Komunikasi yang terputus di wilayah itu telah menjadikan sukar untuk mengesahkan dakwaan seumpama itu.

Beberapa pegawai berkata, ratusan orang terbunuh dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran konflik itu akan memburukkan lagi masalah kemanusiaan di negara berkenaan.

Ia adalah disebabkan ribuan orang dilaporkan sudah melarikan diri ke sempadan negara jiran Etophia iaitu Sudan.

Pertempuran antara kerajaan persekutuan Etophia dan TPFL yang pernah mendominasi politik Etophia selama berdekad-dekad lamanya di Tigray itu sudah berlanjutan selama hampir dua minggu.

Gambar fail menunjukkan seorang anggota polis berkawal di sebuah pos pemeriksaan
di wilayah Tigray, - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan seorang anggota polis berkawal di sebuah pos pemeriksaan di wilayah Tigray, - Foto AFP

Ketika menerima Hadiah Nobel Keamanan Abiy pernah berkata, "Perang ialah contoh neraka bagi semua yang terlibat."

Satu rakaman video yang disiarkan di Twitter oleh Setiausaha Akhbarnya pada Khamis lalu mencadangkan beliau sepatutnya memenangi Anugerah Nobel buat kali kedua.

"Beliau memenangi hadiah itu kerana berjuang untuk keamanan dan membawa keamanan di Ethopia," kata jurucakap sebuah jawatankuasa konflik Tigray, Redwan Hussein menerusi rakaman video tersebut.

"Beliau perlu menang kerana beliau masih menyelamatkan negara ini," tambahnya.

Dilahirkan di bandar Beshasba, barat negara itu, bapanya ialah seorang Muslim manakala ibunya beragama Kristian dan beliau dibesarkan di rumah yang tidak ada bekalan elektrik serta air bersih.

Abiy yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak perempuan dan seorang anak angkat lelaki menaiki tangga politik melalui parti perikatan Pembela Demokratik Revolusi Rakyat Habsyah (EPRDF) sejak ia mula berkuasa pada tahun 1991.

Meminati teknologi, beliau menyertai tentera sebagai operator radio ketika masih remaja dan dinaikkan pangkat sehingga kepada leftenan kolonel sebelum menyertai kerajaan selain pernah menjadi ketua pertama Agensi Keselamatan Rangkaian Maklumat yang melakukan kerja-kerja pengintipan siber.

Apabila Perdana Menteri, Hailemariam Desalegn meletakkan jawatan dengan tiba-tiba, anggota parti perikatan itu memilih Abiy sebagai Perdana Menteri pertama berketurunan Oromo pada tahun 2018.

Beliau kemudian membebaskan para penentang kerajaan dari penjara, meminta maaf tindakan keganasan kerajaan dan menyambut baik kepulangan kumpulan penduduk dari luar negara dan membuka ekonomi. malah mengadakan pilihan raya demokratik.

Bagaimanapun, kini konflik di Tigray menjadi cabaran terbesar Abiy dengan para penganalisis dan diplomat memberi amaran bahawa ia berpotensi memusnahka keseluruhan wilayah Afrika.

Konflik itu tercetus apabila kerajaan wilayah Tigray mengadakan pilihan rayanya sendiri pada 9 September lalu sedangkan pilihan raya di negara tersebut yang sepatutnya diadakan pada Ogos 2020 terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik koronavirus (Covid-19).

Imigran Habsyah yang melarikan diri daripada pertempuran sengit di Tigray menunggu untuk mendapatkan makanan di sempadan Hamdiyet di negeri timur Sudan, Kasala baru-baru ini. - Foto AFP
Imigran Habsyah yang melarikan diri daripada pertempuran sengit di Tigray menunggu untuk mendapatkan makanan di sempadan Hamdiyet di negeri timur Sudan, Kasala baru-baru ini. - Foto AFP

Kerajaan wilayah Tigray kemudian tidak lagi mengiktiraf kerajaan pimpinan Abiy menyebabkan dana persekutuan ke Tigray dipotong yang menyebabkan parti TPLF menyatakan ia sama seperti satu tindakan perang.

Pada 4 November lalu, Abiy mengarahkan satu tindak balas tentera terhadap satu serangan yang dianggapnya sebagai pengecut di sebuah kem tentera di Tigray tetapi

TPLF menafikan bertanggungjawab dalam serangan itu dan menganggapnya sebagai alasan untuk satu pencerobohan ke atas wilayah tersebut.

Pertempuran itu kemudian berlaku sehingga melibatkan wilayah di Eritrea.

Bagaimanapun, Abiy yang juga pernah dipilih menjadi anggota perwakilan rakyat Pertubuhan Penduduk Demokratik Oromo (OPDO) yang merupakan sebahagian daripada EPRDF pada tahun 2010 berikrar mahu mencapai kemenangan dalam konflik itu dan berharap masyarakat antarabangsa memahami tindakan ketenteraan yang telah dilakukannya. - Agensi