Kemas boleh beri penerangan dasar kerajaan

Shafie Apdal
Shafie Apdal
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak perlu menyediakan peruntukan khas sehingga RM80 juta untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) bagi memberi penerangan mengenai dasar kerajaan.

Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan-Semporna) berkata, peranan itu boleh dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

"Saya pernah bekerja di Kementerian Penerangan (selama) lima tahun. Peranan Jasa ini boleh dimainkan pihak Kemas yang ada. Takkanlah kita belanja sampai RM80 juta.

"Kalaulah kewangan itu digunakan untuk melahirkan jururawat, (menambah bilangan) pekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) anak-anak kita menganggur, graduan pemegang diploma luar bandar (adalah lebih baik).

"Ini tidak kita belanja sampai RM80 juta untuk Jasa, untuk menerangkan dasar kerajaan. Takkan RTM, Kemas (dan) agensi yang lain tidak boleh menerangkan perkara tentang dasar kerajaan yang ada," katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Shafie yang juga bekas ketua menteri Sabah turut menggesa supaya kerajaan menangguhkan perbelanjaan yang tidak perlu atau bukan keutamaan buat masa ini.

Jelasnya, ia termasuklah menaikkan jumlah peruntukan di sesetengah kementerian.

Artikel Berkaitan: