37 pelajar dikesan positif dadah

Syed Ibrahim Syed Ahmad
Syed Ibrahim Syed Ahmad
A
A
A

KUANTAN - Seramai 37 pelajar sekolah menengah di Pahang dikesan positif dadah tahun ini selepas Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian di seluruh negeri sehingga 30 September lalu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, daerah Pekan dan Jerantut merekodkan masing-masing sembilan kes, Rompin (6), Kuantan (6), Maran (5), Temerloh dan Lipis masing-masing satu kes.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri mahu sifar dadah dalam kalangan pelajar dan semua pihak perlu bekerjasama membantu pelajar yang terlibat.

"Pelajar yang terlibat dengan gejala dadah akan dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling dan program intervensi peringkat sekolah.," katanya ketika menjawab soalan Sim Chon Siang (PKR-Teruntum) pada sesi pertanyaan Lisan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Menurutnya, program intervensi dilaksanakan melalui kerjasama polis dan Pegawai Perhubungan Sekolah serta AADK.

Menjawab pertanyaan Chon Siang mengenai penglibatan guru dalam gejala tidak sihat itu, Syed Ibrahim berkata, pihaknya masih belum memperoleh data itu.

Artikel Berkaitan: