X

Kindly register in order to view this article
!

Warga Bangladesh didakwa cuba rasuah penguat kuasa

Tertuduh dihadapkan ke mahkamah hari ini atas pertuduhan cuba menawarkan dan memberi rasuah kepada agensi penguat kuasa pada Ogos.
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang warga Bangladesh yang juga pendatang tanpa izin (PATI) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba menawar dan memberikan rasuah kepada agensi penguat kuasa Oktober lalu.

Bagaimanapun, pertuduhan terhadap tertuduh yang berusia 27 tahun itu mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 tidak dibacakan berikutan tertuduh tidak memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Aliff Shaharuzaman di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Mohd Azhar kemudian menetapkan 21 Disember depan untuk sebutan semula kes bagi menyediakan khidmat jurubahasa Bangladesh dan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!