‘Nak menang hadiah utama’

Hadiah wang tunai RM1,000 yang pernah dimenangi melalui Peraduan Rakyat 1Malaysia anjuran Sinar Harian lima tahun lalu mendorong Rohman mencuba nasib pada Peraduan Sinar Harian Di Hatiku.
Hadiah wang tunai RM1,000 yang pernah dimenangi melalui Peraduan Rakyat 1Malaysia anjuran Sinar Harian lima tahun lalu mendorong Rohman mencuba nasib pada Peraduan Sinar Harian Di Hatiku.
A
A
A

KUANTAN - Mungkin agak terlambat, tetapi tidak salah untuk mencuba. Mana tahu ada rezeki.

Demikian kata Rohman Ibrahim, 44, yang tidak ketinggalan untuk mencuba nasib dalam Peraduan Sinar Harian Di Hatiku.

Menurutnya, cepat atau lambat, peluang tetap ada.

“Yang penting kita cuba, mana tahu ada rezeki kerana banyak hadiah menarik disediakan selain hadiah wang tunai menanti pemenang utama, kedua dan ketiga serta lima pemenang hadiah sagu hati.

“Kalau boleh nak menang hadiah utama, berbaloi,” katanya yang pernah menang wang tunai RM1,000 melalui Peraduan Rakyat 1Malaysia anjuran Sinar Harian pada tahun 2015.

Pekerja swasta dari Kechau 1, Lipis ini mengakui soalan untuk peraduan ini cukup mudah.

“Sambil cari jawapan, dapat juga tambah pengetahuan terutama mengenai lokasi pelancongan menarik di negara ini.

“Saya seronok untuk melengkapkan penyertaan peraduan ini bersama keluarga sebagai aktiviti mengisi masa lapang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, katanya, beliau menyambut baik usaha Sinar Harian menganjurkan peraduan ini sebagai tanda menghargai sokongan pembaca.

“Ia sebenarnya dapat mendekatkan lagi akhbar ini dengan pembaca sedia ada dan pembaca baharu.

“Harap Sinar Harian dapat meneruskan peraduan seumpama ini pada masa akan datang dengan hadiah yang lebih lumayan,” katanya.