Zaleha Ismail meninggal dunia

Hantaran Profesor Datuk Dr Awang Sariyan di Facebook beliau malam ini.
Hantaran Profesor Datuk Dr Awang Sariyan di Facebook beliau malam ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Zaleha Ismail menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur kira-kira jam 8.15 malam tadi.

Menurut rakan baik Allahyarhamah, Mohd Uzer Zainal Abidin, 55, beliau menerima perkhabaran tersebut daripada anak kedua arwah yang bernama Zurin Azlan.

“Saya terkejut apabila menerima berita ini kerana kali terakhir kami berjumpa adalah di majlis pengebumian pada tahun lepas,” katanya dihubungi Sinar Harian malam ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Profesor Datuk Dr Awang Sariyan turut memuat naik status berhubung perkara itu di laman Facebook beliau.

Menurut Awang, Zaleha pernah menjadi pegawai di DBP selama 10 tahun daripada tahun 1968 hingga 1978 sebagai pegawai di Bahagian Ensiklopedia.

“Allahyarhamah kemudiannya menjadi Timbalan Ketua Bahagian Buku Pelajaran dan merupakan antara pengasas Koperasi Kakitangan DBP bersama-sama dengan Zainal Abidin Zulkifly.

“Arwah juga merupakan seorang tokoh yang banyak berjasa kepada perkembangan bahasa dan persuratan Melayu sebelum menyertai dunia politik secara sepenuh masa,” katanya.

Artikel Berkaitan: