'Keasyikan kaki judi terbantut'

D7 Bukit Aman dan D7 Selangor menyerbu sebuah premis yang dijadikan tempat untuk bermain judi.
D7 Bukit Aman dan D7 Selangor menyerbu sebuah premis yang dijadikan tempat untuk bermain judi.
A
A
A

PUCHONG - Keseronokan kaki judi membuat pertaruhan terhenti selepas digempur polis menerusi Ops Limau di Batu 14, Puchong, di sini, malam tadi.

Kegiatan itu terbongkar dalam serbuan kira-kira 12.30 tengah malam dilakukan pasukan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dan D7 Selangor.

Difahamkan, pertaruhan itu dibuat sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahbudin berkata, seramai 28 individu termasuk lima wanita diberkas.

"Polis merampas meja mahjong, 32 Domino Stick, dua dadu, empat kerusi dan meja serta wang tunai disyaki digunakan untuk pertaruhan yang berada di meja mahjong sebanyak RM3,395.

"Selain itu, sejumlah wang tunai RM98,885 disyaki digunakan untuk pertaruhan turut dirampas," katanya.

Beliau berkata, seramai tujuh pegawai dan 13 anggota terbabit dalam serbuan susulan maklumat diperolehi berhubung kegiatan judi dalam bangunan di lokasi berkenaan.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Artikel Berkaitan: