MAIWP tambah peruntukan RM9.5 juta

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM9.5 juta bagi Bantuan Zakat Kecemasan untuk golongan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

MAIWP dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak RM10 juta diperuntukkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu membabitkan seramai 23,340 penerima.

"Dua syarat utama bagi permohonan bantuan ini ialah pemohon tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

"Pemohon bukan merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal.

"Mereka yang menjadi tumpuan kali ini ialah pemandu teksi e-hailing, pengawal keselamatan, peniaga kecil, individu hilang pekerjaan akibat Covid-19 dan golongan yang terkesan akibat Covid-19," kata kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat MAIWP hari ini.

Permohonan bantuan tersebut dibuka mulai mulai 16 November sehingga 27 November 2020 melalui permohonan atas talian di ebaitulmal.maiwp.gov.mylez-zakat

Mereka yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM500 dan akan disalurkan sebelum 31 Disember 2020.

Artikel Berkaitan: