Bongkar jual aksesori telefon bimbit tiruan

KPDNHEP Kuala Lumpur bongkar kegiatan menjual aksesori telefon bimbit dan perkakasan elektrik disyaki tiruan dalam serbuan di Chow Kit, Kuala Lumpur semalam.
KPDNHEP Kuala Lumpur bongkar kegiatan menjual aksesori telefon bimbit dan perkakasan elektrik disyaki tiruan dalam serbuan di Chow Kit, Kuala Lumpur semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur menyerbu stor dan premis di sebuah pusat pemborong di Chow Kit di sini semalam kerana disyaki memiliki aksesori telefon bimbit serta perkakasan elektrik tiruan.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Zubir Hamsa berkata, serbuan kira-kira jam 1 petang itu dilakukan hasil risikan selama dua minggu.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam tiga buah stor dan sebuah premis terbabit menemui 2,645 unit barangan terbabit disyaki tiruan bernilai RM100,000.

KPDNHEP Kuala Lumpur bongkar kegiatan menjual aksesori telefon bimbit dan perkakasan elektrik disyaki tiruan dalam serbuan di Chow Kit, Kuala Lumpur semalam.
KPDNHEP Kuala Lumpur bongkar kegiatan menjual aksesori telefon bimbit dan perkakasan elektrik disyaki tiruan dalam serbuan di Chow Kit, Kuala Lumpur semalam.

"Siasatan mendapati barangan disyaki tiruan itu terdiri daripada aksesori telefon bimbit dan perkakasan elektrik dengan menggunakan perihal dagangan palsu dari jenama-jenama terkenal.

"Peniaga menjual barangan tersebut secara atas talian dan secara borong kepada pelanggan di seluruh Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

Dalam pada itu, merujuk kepada statistik penghasilan kes sepanjang tahun 2020 sehingga kini, sebanyak 39 kes berlaku di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dengan nilai rampasan mencecah RM3.1 juta.

Artikel Berkaitan:

Justeru, pihaknya memberi amaran dan peringatan kepada individu dan syarikat supaya tidak melanggar undang-undang khususnya melibatkan penjualan dan pengedaran barangan tiruan.