13 penduduk larikan diri dari kawasan PKPD berjaya dikesan

Semalam media melaporkan seramai 400 penduduk Medan 88 tidak kembali ke rumah selepas polis mengepung kawasan premis perniagaan itu.
Semalam media melaporkan seramai 400 penduduk Medan 88 tidak kembali ke rumah selepas polis mengepung kawasan premis perniagaan itu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 13 penghuni yang disyaki melarikan diri dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88, di Bandar Baru Salak Tinggi di sini, berjaya dikesan semalam.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kesemua individu telah tampil menjalani saringan koronavirus (Covid-19).

"Majoriti penduduk di kawasan itu bekerja syif, mereka tidak dapat pulang ke rumah apabila kawasan tersebut dilaksanakan PKPD," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Arjunaidi juga berharap penduduk di kawasan itu yang belum menampilkan diri segara pulang untuk menjalani saringan Covid-19.

Dalam kenyataan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Wan Yusof sebelum ini memaklumkan, setakat jam 9 malam, seramai sembilan warga asing dan empat penduduk berasal Sabah pulang ke kediaman masing-masing.

Menurutnya, enam warga asing itu bekerja sebagai pembantu di kedai hardware terdiri daripada lima warga Indonesia dan seorang Myanmar.

Katanya, tiga warga Thailand turut pulang ke rumah bagi menjalani ujian saringan.

Semalam media melaporkan seramai 400 penduduk Medan 88 tidak kembali ke rumah selepas polis mengepung kawasan premis perniagaan itu.

Artikel Berkaitan:

PKPD di kawasan itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula semalam hingga 25 November membabitkan 88 unit rumah kedai, 284 premis dan seramai 800 penduduk.

ARTIKEL BERKAITAN: PDRM kesan 400 penduduk Medan 88 tidak pulang kediaman