Hina Agong, perbuatan biadab paling buruk: MB Pahang

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Tindakan individu tertentu menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui media sosial disifatkan sebagai perbuatan biadab pada tahap paling buruk dan pengkhianat kepada kedaulatan institusi Raja-raja.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri memandang serius gejala itu dan menggesa pihak berkuasa khususnya polis agar mengambil tindakan tegas dengan segera terhadap sipelakunya.

Menurutnya, tindakan itu perlu sebagai tindak-balas kepada laporan-laporan polis yang dibuat pelbagai pihak berkaitan kebiadaban individu ini.

“Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga diharap dapat membantu menjejaki pemilik akaun Facebook berkenaan.

“Gunakan segala kuasa yang ada untuk mengesan indivitu terlibat dan dikenakan hukuman setimpal atas kebiadapan yang dilakukan,”katanya.

Wan Rosdy berkata, untuk tindakan jangka panjang, kerajaan negeri mencadangkan agar digubal undang-undang khusus dengan hukuman lebih berat sepertimana undang-undangLes Majeste di Thailand.

“Undang-undang ini perlu mula dibincang secara serius untuk diperkenalkan di negara ini bagi membendung gejala ini daripada berterusan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hina Agong: Ambil tindakan segera, jangan bagi muka!

Artikel Berkaitan: