Tony Fernandes jadi penghantar makanan

SHAH ALAM - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes hari ini berkongsi pengalamannya menjadi penghantar makanan perkhidmatan baharu airasiafood.
Melalui hantaran Instagram miliknya, Tony berkongsi gambar berdiri sambil memegang topi keledar di sisi sebuah motosikal yang dilengkapi beg mengisi makanan berwarna merah tertera huruf 'a' yang merujuk kepada airasiafood.
“Bersedia membuat penghantaran ke rumah anda. Sila lawati @airasiafood,” tulisnya ringkas.
Setakat jam 8 malam tadi, perkongsian gambarnya itu meraih lebih 11,000 tanda suka dan lebih 300 komen daripada netizen.
Getting ready to make food deliveries to your house. Check out @airasiafood
airasia food adalah platform penghantaran makanan baharu dalam talian yang dicetuskan syarikat penerbangan AirAsia bagi menyokong perniagaan dan francais tempatan dalam tempoh sukar ini.
Ia bagi mempelbagaikan sumber pendapatan menerusi perniagaan bukan penerbangan lain bagi menyokong operasi kumpulan.
April lalu, syarikat makanan dan minuman (F&B), Santan yang juga jenama menu dalam penerbangan AirAsia membuka peluang kepada pekerja syarikat penerbangan itu yang terjejas akibat pandemik Covid-19 untuk menjadi penghantar makanan dan menghantar makanan yang dihasilkan syarikatnya.
Ketika itu lebih 50 Allstars (kakitangan AirAsia) yang terdiri daripada kru penerbangan, juruterbang, ejen perkhidmatan darat serta mereka yang bekerja secara harian merebut peluang menjadi penghantar makanan syarikat berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Presiden, CEO Kumpulan SD Guthrie dilantik Pengerusi MPOA baharu
27 Jun 2026 02:27pmPejam celik, pejam celik sudah setengah tahun
26 Jun 2026 08:40amMayat dalam beg pakaian: Dibunuh kejam gara-gara bayaran RM62
28 Jun 2026 05:53pmLapan cedera, wanita tersepit dalam nahas tiga kenderaan
28 Jun 2026 12:20pmJangan undi PH, undi calon BN - Tuan Ibrahim
28 Jun 2026 09:00am- Iklan -- Iklan -
