Filem web Petronas sarat mesej kekeluargaan

Filem web 'Vattam' menceritakan kisah empat beradik dengan keperibadian berbeza yang diwakili oleh bahan dan perkakas yang diperlukan untuk membuat murukku.
Filem web 'Vattam' menceritakan kisah empat beradik dengan keperibadian berbeza yang diwakili oleh bahan dan perkakas yang diperlukan untuk membuat murukku.
A
A
A

PETRONAS menyemarakkan sambutan Deepavali tahun ini dengan 'Vattam', sebuah filem web muzikal animasi yang dihasilkan untuk membawa sedikit kegembiraan dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan ketika melalui tempoh mencabar bersama.

Petronas dalam satu kenyataan memaklumkan, 'Vattam' diterjemahkan sebagai 'lingkaran' yang mewakili keutuhan dan cara anggota keluarga saling melengkapi dan memperlihatkan tradisi keluarga yang erat dalam membuat murukku.

Kata kenyataan itu, tradisi membuat makanan ringan tradisional yang popular dalam kalangan semua rakyat Malaysia itu memainkan peranan istimewa dalam menyatukan keluarga beberapa minggu sebelum Deepavali.

"Perayaan pesta cahaya dimulakan apabila keluarga berkumpul untuk membuat murukku, di mana generasi yang berbeza dalam ikatan keluarga mencipta momen yang tidak dapat dilupakan," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, dihidupkan melalui nyanyian dan tarian, filem web itu menceritakan kisah empat beradik dengan keperibadian berbeza yang diwakili oleh bahan dan perkakas yang diperlukan untuk membuat murukku.

'Vattam' disiarkan dan tersedia untuk ditonton di saluran YouTube rasmi dan laman Facebook Petronas.
'Vattam' disiarkan dan tersedia untuk ditonton di saluran YouTube rasmi dan laman Facebook Petronas.

"Setiap langkah dan bahan dalam proses pembuatan murukku melambangkan ahli keluarga di mana masing-masing memainkan peranan penting dan tidak dapat dilakukan tanpa satu atau yang lain.

"Ketegangan di dapur meningkat ketika adik-beradik mula bertengkar mengenai siapa yang memainkan peranan paling penting, melupakan bahan terpenting dari semua iaitu keluarga.

Artikel Berkaitan:

"Diceritakan dalam sebuah musikal yang ringan dan menghiburkan, 'Vattam' menyampaikan pesanan penting bahawa anggota keluarga harus saling menyokong dan melengkapi di antara satu sama lain," kata kenyataan itu.

Tema perayaan Petronas untuk tahun 2020 iaitu 'Keluarga Unik Kami' bergema di seluruh filem web dan memperlihatkan semangat rakyat Malaysia yang tidak dapat dikalahkan untuk mengatasi rintangan secara kolektif walaupun terdapat perbezaan individu.

'Vattam' disiarkan dan tersedia untuk ditonton di saluran YouTube rasmi dan laman Facebook Petronas.