Ibu bawa bayi dua bulan lepas gian

Ibu muda bersama bayi lelakinya yang ditahan oleh AADK dalam serbuan di sebuah rumah kosong petang semalam.
Ibu muda bersama bayi lelakinya yang ditahan oleh AADK dalam serbuan di sebuah rumah kosong petang semalam.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita tergamak membawa bayi kecilnya berusia dua bulan ke sebuah rumah kosong di sebuah flat di sini semata-mata mahu melepaskan gian menghisap dadah.

Bagaimanapun, wanita berusia 20 tahun itu ditahan bersama tiga individu lain termasuk remaja perempuan berusia 16 tahun dalam serbuan dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) petang semalam.

Pengarah AADK Pulau Pinang, Elmariah Chung berkata, serbuan pada jam 3.30 petang itu hasil risikan dan intipan sejak dua minggu lalu di rumah kosong yang menjadi port melepaskan gian penagih dadah.

Menurutnya, siasatan mendapati rumah ibu muda itu terletak selang beberapa buah sahaja dengan lokasi serbuan dan kesemua mereka tergamam sebaik melihat kehadiran anggota AADK.

"Rumah kosong terbabit sering menjadi tumpuan kumpulan penagih dadah sejak Jun lalu. Ketika serbuan dibuat semalam hanya terdapat empat individu termasuk dua perempuan yang berusia di antara 16 hingga 22 tahun di lokasi terbabit.

Empat individu termasuk seorang ibu muda ditahan ketika melepaskan gian di sebuah rumah kosong petang semalam.
Empat individu termasuk seorang ibu muda ditahan ketika melepaskan gian di sebuah rumah kosong petang semalam.

"Hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Elmariah berkata, pemeriksaan di rumah itu terbabit turut menemui peralatan menghisap dadah.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kesemua mereka yang ditahan dibawa ke lokap AADK untuk tindakan lanjut manakala bayi lelaki yang masih menyusu badan diserahkan kepada ahli keluarga wanita terbabit.

"Kesemua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983 (Rawatan & Pemulihan) Pindaan 1998 yang boleh dihukum menjalani pemulihan AADK selama dua tahun atau menjalani pemulihan dalam komuniti dalam tempoh dua hingga tiga tahun," katanya.