X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Belanjawan 2021 lindungi OKU, warga emas

Inisiatif yang disediakan kepada golo­ngan OKU.
A
A

SHAH ALAM - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik tindakan kerajaan menambah baik kebajikan golongan rentan (kumpulan mudah jatuh sakit) termasuk menaikkan kadar beberapa bantuan bulanan.

Kadar bantuan kebajikan bulanan bagi golongan rentan akan dinaikkan melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM700 juta kepada RM2.2 bilion yang akan memanfaatkan lebih 400,000 penerima.

Presiden Majlis Belia Orang Kurang Upaya (OKU) Malaysia, Faiz Suhaimi berkata, inisiatif yang disediakan kepada golongan OKU menunjukkan bahawa kerajaan tidak melupakan golongan berkenaan dalam belanjawan ini.

“Belanjawan ini masih dilihat berorientasikan kebajikan kepada golongan OKU dan terdapat beberapa penambahbaikan bantuan kewangan yang sangat signifikan kepada penerima,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Faiz Suhaimi
Faiz Suhaimi

Dalam pada itu, Faiz berkata, pihaknya turut menyambut baik inisiatif yang diberikan kepada golongan OKU antaranya pengambilan pekerja OKU di bawah Penjana Kerjaya di mana sebanyak 60 peratus inisiatif ini diberikan kepada majikan daripada gaji bulanan maksimum RM4,000.

Katanya, kerajaan juga telah menaikkan pelepasan cukai kepada pasangan OKU daripada RM3,500 kepada RM5,000 sekali gus meringankan beban mereka.

“Pemberian pas perjalanan bulanan tanpa had sebanyak RM5 melibatkan perkhidmatan tren, komuter, tren antara bandar juga memberikan manfaat kepada mereka.

“Bantuan kewangan lain seperti bantuan bulanan OKU tidak berupaya bekerja juga meningkat daripada RM250 kepada RM300 dan kadar elaun pekerja OKU juga turut meningkat daripada RM400 kepada RM450,” katanya.

Bagaimanapun, Faiz berkata, pihaknya menggalakkan kerajaan merealisasikan belanjawan itu dengan melaksanakan aktiviti berbentuk program dan inisiatif berbentuk praktikal untuk memperkasakan OKU.

Sementara itu, Pengarah Urusan MiniHero, Amanda Mah Shyen Shyen berkata, kerajaan memberikan inisiatif yang baik kepada golongan warga emas di negara ini dalam pengumuman Belanjawan 2021.

Amanda
Amanda

“Warga emas sama ada yang sudah bersara atau hampir bersara, mereka mungkin tidak menggunakan perbelanjaan yang banyak namun tidak bermaksud tidak dapat menolong ekonomi.

“Kerajaan harus memberikan perhatian lebih untuk membangunkan kembali ekonomi dan generasi muda agar mereka dapat menjaga warga emas dengan sebaiknya,” katanya.

Katanya, walaupun MiniHero adalah sebuah NGO, namun pihaknya berharap selepas ekonomi negara kembali lancar dan memberikan impak yang baik kepada golongan berkenaan agar kediaman untuk menempatkan golongan warga emas akan terus berkurangan.

Bantuan yang disediakan untuk warga emas.
Bantuan yang disediakan untuk warga emas.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!