X

Kindly register in order to view this article
!

KPLB anjur Karnival Usahawan Desa dalam talian

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus (tiga dari kiri) merasmikan majlis pelancaran produk Keda Mas baru-baru ini.
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) buat julung kalinya melancarkan Karnival Usahawan Desa 2020 secara dalam talian ([email protected] 2020) bermula dengan Jualan Siber pada 11 dan 25 November ini serta Jualan Mega pada 4 hingga 6 Disember 2020.

Menurut kementerian itu, pandemik koronavirus (Covid-19) yang melanda seluruh dunia pada awal tahun ini telah menjadikan program berbentuk digital sebagai satu keperluan mustahak dalam usaha KPLB membantu usahawan luar bandar menjalankan perniagaan dengan norma baharu.

Katanya, menggunakan tagline #eKUDPRIHATIN, program ini selari dengan inisiatif kerajaan dalam membantu usahawan meneruskan kelangsungan perniagaan terutamanya dengan beralih kepada platform digital.

“Program ini adalah kesinambungan kepada pelaksanaan [email protected] Putrajaya 2019 di mana kementerian telah membuat pengumuman untuk turut melihat kepada potensi pasaran dalam kalangan orang ramai yang lebih suka membeli-belah secara dalam talian pada ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut kenyataan itu, karnival itu meliputi gerai digital, Jualan Siber 2020 dan Jualan Mega.

“Program ini menyasarkan sebanyak 500 gerai digital yang akan mengambil bahagian iaitu gerai usahawan, agensi kerajaan, korporat dan jemputan.

“Gerai digital ini boleh dilawati orang ramai secara dalam talian untuk berinteraksi dengan usahawan serta pempamer lain bagi mendapatkan maklumat berhubung produk serta perkhidmatan yang ditawarkan sebelum membuat pembelian secara online.

“Antara kluster perniagaan yang akan mengambil bahagian adalah makanan dan minuman (F&B), kesejahteraan seperti produk spa, kosmetik dan makanan tambahan serta gaya hidup meliputi produk seperti fesyen, aksesori dan kraftangan,” katanya.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus (dua dari kiri) bersama usahawan wanita yang menyertai Karnival Usahawan Desa (KUD) anjuran PKLB sebelum ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus (dua dari kiri) bersama usahawan wanita yang menyertai Karnival Usahawan Desa (KUD) anjuran PKLB sebelum ini.

Katanya, orang ramai turut berpeluang melawat gerai jemputan seperti gerai jualan hartanah, jualan kenderaan, sektor pelancongan dan telekomunikasi yang akan menawarkan pelbagai diskaun hebat serta insentif menarik khusus semasa [email protected] 2020.

“Jualan Siber akan diisi dengan program seperti insentif baucar diskaun bagi pembeli baharu dan pembeli sedia ada, jualan kilat serta live streaming sale melalui platform Desamall Shopee Live serta Desamall Lazada Live,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, KPLB melaksanakan inisiatif perkongsian strategik melalui [email protected] bagi membantu usahawan luar bandar memasarkan produk mereka secara atas talian menerusi platform e-Dagang seperti Lazada, Shopee, eBay, PrestoMall dan GrabMart.

“Orang ramai boleh mendapatkan lebih 21,000 unit penyimpanan stok (SKU) produk yang diusahakan kira-kira 2,000 usahawan melalui platform e-Dagang yang disertai oleh [email protected],” katanya.

Dalam pada itu, menurut KPLB, Jualan Mega iaitu segmen utama temasya pemasaran digital ini akan bermula dengan sesi Padanan Perniagaan usahawan bersama dengan trade buyer.

“Program ini dijangka membabitkan lebih 100 usahawan luar bandar yang akan bertemu dengan trade buyer dari dalam dan luar negara melalui platform digital [email protected] 2020.

“Sepanjang tempoh itu, usahawan juga berpeluang mengikuti program keusahawanan yang akan berlangsung dalam talian melalui media sosial KPLB dan [email protected] antaranya webinar dan talk show keusahawanan dari panel serta usahawan berpengalaman.

“Bagi orang ramai pula, mereka berpeluang untuk menonton dan mengikuti pelbagai aktiviti menarik sama ada pada siaran secara langsung atau rakaman rancangan seperti demonstrasi memasak, urban farming, laman ternakan dan juga jualan langsung bersama selebriti jemputan dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

“Pelbagai bahan berbentuk audio visual berkaitan program pembangunan keusahawanan dan program teras KPLB juga boleh dicapai secara percuma oleh orang ramai yang melayari [email protected] 2020 sepanjang tempoh program, 24 jam sehari tanpa henti di laman web www.ekud.my,” katanya.

Pengunjung yang membuat pembelian dalam talian dan memenuhi syarat semasa tempoh jualan mega [email protected] 2020 akan berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

Ujarnya lagi, KPLB berharap usaha ini dapat memberikan semangat baharu kepada usahawan luar bandar serta membantu meningkatkan keuntungan perniagaan mereka di samping merancakkan semula ekonomi negara.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!