Hampir 100 peratus penduduk Seremban, Port Dickson terima bekalan air

LRA Sungai Linggi yang kini sudah mula beroperasi. (Foto: Ihsan Sains)
LRA Sungai Linggi yang kini sudah mula beroperasi. (Foto: Ihsan Sains)
A
A
A

SEREMBAN - Hampir 100 peratus penduduk di sebahagian Seremban dan Port Dickson yang menghadapi masalah air kini telah pun menerima bekalan air seperti biasa.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), Norzita Ismail berkata, sehingga hari ini hampir 99 peratus kawasan di Seremban dan 90 peratus kawasan di Port Dickson telah menerima bekalan air terawat Sains.

"Walaupun keadaan sudah hampir pulih sepenuhnya namun Sains akan terus memantau kawasan yang masih belum mendapat bekalan air dan kawasan yang mengalami tekanan air rendah untuk diagihkan bekalan air melalui tangki statik dan lori tangki Sains.

"Seperti kenyataan Sains semalam, Sains akan terus memastikan seluruh kawasan gangguan di Port Dickson mendapat bekalan air terawat selewat-lewatnya hari Rabu (11 November 2020) secara berperingkat bergantung kepada kerja-kerja di tapak oleh pihak Jabatan Pengairan Saliran (JPS)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Sains juga mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna yang terkesan dengan gangguan bekalan di Seremban dan Port Dickson di atas kerjasama dan pemahaman berikutan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi akibat tebing Sungai Linggi runtuh.

Jelas beliau, Sains akan terus memberikan maklumat terkini melalui laman web rasmi www.sainswater.com atau di Facebook Pusat Khidmat Pelanggan – Sains serta Apps iSAINS.

"Para pelanggan yang memerlukan maklumat lanjut dan terkini boleh juga menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982," katanya.

Artikel Berkaitan: