Keputusan sukar untuk tutup sesi persekolahan

Dalam situasi negara menghadapi gelombang ketiga pandemik dengan peningkatan jumlah kes positif Covid-19 yang tinggi, KPM terpaksa membuat keputusan yang sukar serta luar daripada kebiasaan dengan menutup sekolah di seluruh negara. Gambar Hiasan. - Foto Bernama
Dalam situasi negara menghadapi gelombang ketiga pandemik dengan peningkatan jumlah kes positif Covid-19 yang tinggi, KPM terpaksa membuat keputusan yang sukar serta luar daripada kebiasaan dengan menutup sekolah di seluruh negara. Gambar Hiasan. - Foto Bernama
A
A
A

SEMALAM Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sekolah di seluruh negara ditutup hingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 dan 18 Disember ini.

Dalam satu temubual bersama sebuah stesen televisyen baru-baru ini, Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin mengakui bukan mudah untuk membuat keputusan menutup sesi persekolahan.

Dalam situasi negara menghadapi gelombang ketiga pandemik dengan peningkatan jumlah kes positif koronavirus (Covid-19) yang tinggi, KPM terpaksa membuat keputusan yang sukar serta luar daripada kebiasaan.

Setiap perancangan atau keputusan yang dibuat perlu diperhalusi dan diteliti kerana kesan pandemik Covid-19 kepada sektor pendidikan membabitkan pelbagai pihak berkepentingan yang begitu besar jumlahnya.

Ia merangkumi lebih lima juta orang murid dan pelajar serta lebih 500,000 orang guru, pensyarah dan warga serta menaungi lebih daripada 10,000 buah sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Sebarang keputusan yang ingin dilakukan KPM memberi kesan bukan sahaja kepada kementerian tetapi kepada seluruh negara.

Oleh itu, keputusan dan pendekatan yang diambil KPM sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan semua murid, guru, pensyarah dan warga kementerian.

Keputusan yang dibuat juga bukanlah keputusan yang terburu-buru, kerana dalam usaha mengekang penularan virus yang akan berada dalam kehidupan manusia untuk jangka masa lebih panjang, sudah tentu kementerian sudah membuat kajian mendalam.

Artikel Berkaitan:

Memang tiada siapa mampu menjangka bahawa sejenis virus yang menjadi pandemik di seluruh dunia menyebabkan sistem dan amalan dalam pendidikan di negara ini berubah 360 darjah.

Kasihan anak-anak yang kehilangan keseronokan alam persekolahan bersama rakan-rakan dan guru tetapi apakan daya, nyawa lebih berharga.