Pertama Kompleks terbakar

Pengunjung bergegas keluar dari Pertama Kompleks, dalam kejadian kebakaran, petang tadi. Foto: Facebook
Pengunjung bergegas keluar dari Pertama Kompleks, dalam kejadian kebakaran, petang tadi. Foto: Facebook
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peniaga dan pengunjung Pertama Kompleks di sini panik apabila kompleks membeli belah itu tiba-tiba dipenuhi asap tebal, hari ini.

Kesemua mereka bergegas keluar meninggalkan bangunan berkenaan untuk menyelamatkan diri.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, kebakaran kipas ekzos pada dapur sebuah restoran di bangunan itu dikenapasti sebagai punca kawasan itu dipenuhi asap tebal.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.39 petang.

"Api berjaya dikawal sepenuhnya beberapa minit kemudian, tiada mangsa terbabit dalam kejadian ini," katanya kepada media.

Operasi berkenaan melibatkan seramai 40 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Titiwangsa dan BBP Sentul.

Artikel Berkaitan: