Ibu pejabat LHDN ditutup sementara mulai esok hingga 11 November

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ibu pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Menara Hasil Cyberjaya ditutup sementara mulai esok hingga 11 November bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pembayar cukai disaran untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian sepanjang tempoh berkenaan.

Menurut kenyataan itu, sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) atau HASiL Live Chat atau Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. - Bernama

Artikel Berkaitan: