Pegawai di Perancis jadi perisik Korea Utara?

Quennedey berkhidmat sebagai pegawai kanan awam di Senat Perancis.
Quennedey berkhidmat sebagai pegawai kanan awam di Senat Perancis.
A
A
A

PARIS - PERANCIS. Seorang pegawai kanan di Senat Perancis telah ditangkap kerana disyaki mengintip untuk Korea Utara.

Media tempatan melaporkan penahanan Benoit Quennedey pada malam Ahad dibuat selepas dia dipercayai mengumpulkan dan menyerahkan maklumat kepada kuasa asing.

Susulan itu, Quennedey yang merupakan presiden Persatuan Persahabatan Perancis-Korea telah disoal siasat oleh agensi keselamatan domestik, DGSI.

Pihak berkuasa turut melakukan pemeriksaan ke ata kediaman beliau dan keluarganya berhampiran Dijon. - BBC

Artikel Berkaitan: